Sunday, April 26, 2009

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN


Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian tindakan. Di antaranya ialah :

A. Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.


B. Carr dan Kemmis (1986) berpendapat kajian tindakan adalah suatu inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri (self-reflective enquiry) yang dilakukan oleh peserta, misalnya guru, pelajar atau pengetua dalam situasi sosial untuk memperbaiki dan memahami amalan sosial atau amalan pendidikan (social or educational practices). Kemmis dan McTaggart (1988) mempunyai pendapat yang hampir sama dan mereka menyatakan kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.

C. McNiff (1994) mentakrifkan kajian tindakan sebagai suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on).


D. Lomaz (1994) menegaskan konsep yang sama dengan McNiff bila beliau menyatakan bahawa kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan (educational research) dan bukan penyelidikan dalm pendidikan (research in education) kerana yang menyelidik adalah guru sendiri yang ingin memperbaiki kualiti amalan guru dan profesionnya. Lomax juga menegaskan bahawa kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan kerana guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.


E. Zuber-Skeritt (1992) mengaitkan kajian tindakan dengan pembelajaran professional di peringkat pendidikan tinggi menyimpulkan kajian tindakan melalui model CRASP iaitu kajian tindakan adalah :
· Critical (and self-critical) collaborative enquiry by
· Reflective practitioners being
· Accountable and making the results of their enquiry public
· Self-evaluating their practice and angaged in
· Participative problem-solving and continuing professional development.


F. Mills (2000) berpendapat kajian tindakan ialah sebarang inkuiri yang sistematik yang dilaksanakan oleh guru pengkaji, pengetua atau kaunselor dalam persekitaran pengajaran atau pembelajaran bagi mengumpul maklumat tentang cara sesuatu sekolah beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan sebaik mana pelajar mereka mendapatkan celik akal (insight), membentuk amalan refleksi, dan menambahbaikan mutu pelajar dan semua yang terlibat di dalamnya. Mills menegaskan kajian tindakan adalah kajian yang dijalankan oleh guru untuk mereka sendiri, dan ia bukannya dijalankan oleh orang lain ke atas mereka.


G. Stephen M. Corey (1953), ...”Most of the study of what should go and what should be added must be done in thousands of classrooms and American communities. These study must be undertaken by those who may have to change the way they do things as a result of the studies. Our schools cannot keep up with the life they are supposed to sustain and improve unless teachers, pupils, supervisors, administrators, and school patrons continuously examine what they are doing. Singly and in groups, they must use their imaginations creatively and constructively to identify the practices that must be changed to meet the needs and demands of modern life, courageously try out those practices that give better promise, and methodically and systematically gather evidence to test their worth. This is the process I call action research. Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions.”


Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan oleh guru atau pendidik secara kolaboratif dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Dengan kata-kata lain, melalui kaedah ini guru-guru dapat menyelesaikan sendiri dan memahami sesuatu masalah atau situasi sosial yang berlaku. Perubahan dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan.

RUJUKAN

Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Best, John W. 1977. Research in education. New Jersey: Prentice-Hall.

No comments:

Post a Comment

Stephen M. Corey

Kajian tindakan menurut Stephen M. Corey (1953) "Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions."

TUGASAN 2: JURNAL (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

KULIAH 4 (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

TUGASAN : KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (Dr. Halimah Harun)