Friday, May 1, 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN



Daripada definisi-definisi yang telah diberikan, beberapa konsep kajian tindakan dapat disimpulkan. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), antara konsep-konsep penting dalam kajian tindakan adalah :

· Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambahbaikan atau memperbaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.

· Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participation) iaitu pengkaji berusaha kearah memperbaiki amalan mereka sendiri.

· Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksanan, menilai dan mereflek.

· Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggugjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki sesuatu amalan pendidikan.

· Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgements), reaksi dan tanggapan kita sendiri terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.
· Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi di mana kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.

· Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analyses) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, system) mereka bekerja.

· Kajian tindakan dimulakan secara kecil (starts small) dan kemudian kea rah perubahan yang lebih besar.

· Kajian tindakan bermula sengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai dan mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea dan anggapan dengan lebih jelas.


Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan iaitu :

i. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat
sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

ii. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan di mana setiap pusingan
terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.

iii. Projek tersebut di laksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap
aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa
kehilangan kawalan ke atas proses penyelidikan.

No comments:

Post a Comment

Stephen M. Corey

Kajian tindakan menurut Stephen M. Corey (1953) "Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions."

TUGASAN 2: JURNAL (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

KULIAH 4 (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)