Saturday, May 2, 2009

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas (emancipator action research) (Carr & Kemmis 1986;Grundy 1982).



Mengikut mereka tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan amalan pendidikan atau lebih bertumpu pada produk. Projek di bawah jenis ini dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.



Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal peyelidik secara bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi kendiri pengamal-pengamal.



Manakala kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi sama rata. Pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan secara demokratik.



Bagi Calhoun (1993) pula, dia membahagikan kajian tindakan kepada tiga scenario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah ( schoolwide action research).


Kajian tindakan individu ialah kajian yang dilaksanakan secara individu, manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh staf dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.




McNiff et al. (2002) pula membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar dalam kajian.

Kedua, pendekataan teoritik kritikal (critical theoretic approaches) ialah pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri.

Ketiga , pendekatan teori hidup (living theory approaches) ialah pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walaupun apapun jenis atau scenario ataupun pendekatan kajian tindakan yang dikemukakan, namun demikian tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai peringkat-peringkat perkembangan di mana boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal dan perlahan-perlahan berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan kemudian kepada kajian tindakan bebas.



RUJUKAN
Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Stephen M. Corey

Kajian tindakan menurut Stephen M. Corey (1953) "Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions."

TUGASAN 2: JURNAL (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

KULIAH 4 (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)