Tuesday, May 12, 2009

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KEPENTINGAN KAJIAN



  • Menambah pengetahuan

  • Menambahbaik amalan

  • Mendebatkan sesuatu polisi

  • Membina kemahiran melakukan penyelidikan

DATA, MAKLUMAT, PENGETAHUAN DAN HIKMAH

Maksudnya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan {1} Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah {2} Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah {3} Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam {4} Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya {5} [ surah al-‘alaq:1-5]

Surah Al-'Alaq (سورة العلق) adalah surah ke-96 dalam Al-Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam. Isi kandungan di dalam surah ini :

· Perintah membaca Al-Quran;
· manusia dijadikan dari segumpal darah;
· Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan;
· manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup;
· ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin
melaksanakan perintah-Nya.

Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Tetapi manusia tidak ingat lagi akan asalnya, kerana itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah itu, bahkan dia bertindak melampaui batas kerana melihat dirinya telah merasa serba cukup.




Data :



Data refers to facts collected as the result of experience, observation or experiment, or processes within a computer system, or premises. Data may consist of numbers, words, or images, particularly as measurements or observations of a set of variables. Data are often viewed as a lowest level of abstraction from which information and knowledge are derived (1).


Maklumat :


Maklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain sama ada pengalaman nyata atau imaginasi dan pengetahuan yang disimpan dalam bentuk cetak, bahan tayang serta bahan tiga dimensi (2).

Pengetahuan :


Pengetahuan merupakan data dan maklumat yang berstruktur dan tidak berstruktur. Maklumat berstruktur dan tidak berstruktur dihasilkan melalui pengurusan maklumat. Manakala definisi pengetahuan pula diperoleh dari aspek teori maklumat. Hubungan antara data, maklumat dan pengetahuan dijelaskan dalam Rajah 1 di bawah.



Rajah 1 Hubungan Antara Data, Maklumat dan Pengetahuan

Pengetahuan berasal dari maklumat, manakala, maklumat pula berasal dari data (Rajah 1). Maklumat tidak menjadi pengetahuan melainkan nilainya ditambah melalui penafsiran, penyusunan, penyaringan, pemilihan atau kejuruteraan. Suatu kumpulan data bukannya maklumat. Secara amnya data adalah suatu set fakta yang berasingan. Data merupakan bahan mentah kepada pengetahuan dan tidak mempunyai nilai sehingga ianya dicerna dan diletakkan di suatu tempat serta boleh dianalisis. Apabila data disusun, dikemas dan disimpan dalam bentuk logik, seperti dokumen dan manual ia dianggap sebagai maklumat atau bahan rujukan yang berguna. Suatu kumpulan maklumat bukannya pengetahuan. Maklumat adalah hasil dari perolehan dan penyediaan hubungan kepada pengalaman dan idea. Maklumat atau pengalaman nyata, selalunya disimpan dalam bentuk separa struktur seperti dokumen, mel-e, pesanan suara atau multimedia. Berbeza dengan data, maklumat mempunyai makna iaitu kaitan dan tujuan(3).


Hikmah :


Ibn Jurir : hikmah adalah segala yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam kitabNya, sunnah-sunnah Nabinya, juga peringatan-peringatan yang baik, kerana ia mengandungi tegahan-tegahan, juga mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam umat manusia, mengingatkan kepada mereka supaya mereka berhati-hati dengan azab Allah (Ibn Jurair dalam ulasannya menggabungkan antara hikmah dan mau’izoh hazanah sebagai satu jalan dakwah).

Professor Mohd Ali As-Sobuni : hikmah menurut beliau adalah ( kata-kata yang benar yang mesra mad’u, mengesan dalam diri dengan sebaik-baik kesan.) Adapun mau’izoh hasanah adalah ( peringatan dan tegahan yang memberi kesan dalam diri mereka, mengingatkan mereka supaya berjaga-jaga dengan azab Allah).

Imam Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi : hikmah adalah ( kata-kata yang jelas dan benar, iaitu dalil yang menjelaskan kebenaran, dan mengenepikan perkara yang ragu-ragu.) Mau’izoh hasanah pula diertikan sebagai ( peringatan yang lembut dan pemberitahuan peristiwa-peristiwa yang menakutkan, supaya mereka berjaga-jaga daripada azab Allah).

Kitab Tafsir Al-Jalalain
: Hikmah adalah ayat-ayat Al-Quran) dan (maui’zoh hasanah adalah peringatan-peringatan di dalam Al-Quran atau kata-kata yang lembut). Oleh kerana sebahagian mereka menakrifkan hikmah sebagai Al-Quran itu sendiri dan mau’izoh hasanah sebagai peringatan yang baik, maka ia sememangnya wajar dianggap sebagai satu wasilah dakwah, dan bukannya dua wasilah yang berbeza.

Imam Az-Zamakhsyari : hikmah adalah kata-kata yang jelas dan sahih, iaitu dalil yang menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan. Adapun mau’izoh hasanah pula, bahawa engkau secara tidak bersembunyi menasihati mereka dan engkau menyampaikan apa yang memberi manfaat kepada mereka (4).

q=cache:dqbAc2kbLiAJ:apps.emoe.gov.my/pkgtbb/downloadterhad/bahan/pss/Panduan%
2520KEMAHIRAN%2520MAKLUMAT%2520-%2520Min.ppt+definisi%
2520Session%25202/Hafizi%2520Muhamad%2520Ali_Penilaian%2520Teknologi%
2520Pengurusan%2520Pengetahuan.doc+%22pengetahuan%22%2B%22definisi%
22&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my

4) http://mohdzaki2.blogspot.com/2006/01/hikmah.html

PROSES KAJIAN (UMUM)

Saturday, May 2, 2009

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas (emancipator action research) (Carr & Kemmis 1986;Grundy 1982).



Mengikut mereka tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan amalan pendidikan atau lebih bertumpu pada produk. Projek di bawah jenis ini dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.



Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal peyelidik secara bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi kendiri pengamal-pengamal.



Manakala kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi sama rata. Pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan secara demokratik.



Bagi Calhoun (1993) pula, dia membahagikan kajian tindakan kepada tiga scenario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah ( schoolwide action research).


Kajian tindakan individu ialah kajian yang dilaksanakan secara individu, manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh staf dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.




McNiff et al. (2002) pula membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar dalam kajian.

Kedua, pendekataan teoritik kritikal (critical theoretic approaches) ialah pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri.

Ketiga , pendekatan teori hidup (living theory approaches) ialah pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.

Walaupun apapun jenis atau scenario ataupun pendekatan kajian tindakan yang dikemukakan, namun demikian tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat sebagai peringkat-peringkat perkembangan di mana boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal dan perlahan-perlahan berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan kemudian kepada kajian tindakan bebas.



RUJUKAN
Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Friday, May 1, 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN



Daripada definisi-definisi yang telah diberikan, beberapa konsep kajian tindakan dapat disimpulkan. Menurut Kemmis dan McTaggart (1988), antara konsep-konsep penting dalam kajian tindakan adalah :

· Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambahbaikan atau memperbaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.

· Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participation) iaitu pengkaji berusaha kearah memperbaiki amalan mereka sendiri.

· Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflective spiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksanan, menilai dan mereflek.

· Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggugjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki sesuatu amalan pendidikan.

· Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgements), reaksi dan tanggapan kita sendiri terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.
· Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi di mana kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.

· Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analyses) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, system) mereka bekerja.

· Kajian tindakan dimulakan secara kecil (starts small) dan kemudian kea rah perubahan yang lebih besar.

· Kajian tindakan bermula sengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai dan mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea dan anggapan dengan lebih jelas.


Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan iaitu :

i. Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat
sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

ii. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan di mana setiap pusingan
terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek, yang dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.

iii. Projek tersebut di laksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap
aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa
kehilangan kawalan ke atas proses penyelidikan.

Sunday, April 26, 2009

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN


Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian tindakan. Di antaranya ialah :

A. Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.


B. Carr dan Kemmis (1986) berpendapat kajian tindakan adalah suatu inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri (self-reflective enquiry) yang dilakukan oleh peserta, misalnya guru, pelajar atau pengetua dalam situasi sosial untuk memperbaiki dan memahami amalan sosial atau amalan pendidikan (social or educational practices). Kemmis dan McTaggart (1988) mempunyai pendapat yang hampir sama dan mereka menyatakan kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.

C. McNiff (1994) mentakrifkan kajian tindakan sebagai suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on).


D. Lomaz (1994) menegaskan konsep yang sama dengan McNiff bila beliau menyatakan bahawa kajian tindakan adalah penyelidikan pendidikan (educational research) dan bukan penyelidikan dalm pendidikan (research in education) kerana yang menyelidik adalah guru sendiri yang ingin memperbaiki kualiti amalan guru dan profesionnya. Lomax juga menegaskan bahawa kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan kerana guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.


E. Zuber-Skeritt (1992) mengaitkan kajian tindakan dengan pembelajaran professional di peringkat pendidikan tinggi menyimpulkan kajian tindakan melalui model CRASP iaitu kajian tindakan adalah :
· Critical (and self-critical) collaborative enquiry by
· Reflective practitioners being
· Accountable and making the results of their enquiry public
· Self-evaluating their practice and angaged in
· Participative problem-solving and continuing professional development.


F. Mills (2000) berpendapat kajian tindakan ialah sebarang inkuiri yang sistematik yang dilaksanakan oleh guru pengkaji, pengetua atau kaunselor dalam persekitaran pengajaran atau pembelajaran bagi mengumpul maklumat tentang cara sesuatu sekolah beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan sebaik mana pelajar mereka mendapatkan celik akal (insight), membentuk amalan refleksi, dan menambahbaikan mutu pelajar dan semua yang terlibat di dalamnya. Mills menegaskan kajian tindakan adalah kajian yang dijalankan oleh guru untuk mereka sendiri, dan ia bukannya dijalankan oleh orang lain ke atas mereka.


G. Stephen M. Corey (1953), ...”Most of the study of what should go and what should be added must be done in thousands of classrooms and American communities. These study must be undertaken by those who may have to change the way they do things as a result of the studies. Our schools cannot keep up with the life they are supposed to sustain and improve unless teachers, pupils, supervisors, administrators, and school patrons continuously examine what they are doing. Singly and in groups, they must use their imaginations creatively and constructively to identify the practices that must be changed to meet the needs and demands of modern life, courageously try out those practices that give better promise, and methodically and systematically gather evidence to test their worth. This is the process I call action research. Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions.”


Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan oleh guru atau pendidik secara kolaboratif dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Dengan kata-kata lain, melalui kaedah ini guru-guru dapat menyelesaikan sendiri dan memahami sesuatu masalah atau situasi sosial yang berlaku. Perubahan dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan.

RUJUKAN

Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Best, John W. 1977. Research in education. New Jersey: Prentice-Hall.

Stephen M. Corey

Kajian tindakan menurut Stephen M. Corey (1953) "Action research is research that is undertaken by educational practitioners because they believe that by so doing they can make better decisions and engage in better actions."

TUGASAN 2: JURNAL (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

KULIAH 4 (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin)

TUGASAN : KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (Dr. Halimah Harun)